Saturday, June 1, 2013

O5 : Disebalik

Alhamdulillah.

Disebalik hampir 3 tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar diploma, terdapat kisah diri saya mungkin ada yang tidak tahu. Bagaimana saya menghadapi konflik dalaman setiap hari bila mengenangkan hal itu.

Tidak membenci. Tetap sayang. Tapi, ada sedikit terguris. Dari mula menjejakkan kaki ke UiTM KT sehinggalah langkah terakhir keluar dari situ selepas tamat diploma, langsung tiada bertanyakan khabar, menjenguk mahupun menghulurkan sedikit bantuan. Lagi terasa apabila hanya saya seorang yang alami sebegini rupa. Mereka di atas dapat 'keperluan' walau tidak selalu.

Agak sensitif bila perkataan 'ayah' ditimbulkan. Sejak dari sekolah. Orang disekeliling bercerita itu ini berkongsi gembira.

Allah tahu saya dapat hadapi semua ini.

Terima kasih ma, selalu berada di samping tika suka dan duka. Saya x dapat bayangkan jika ma pergi dulu. Saya sanggup jika perlu menggantikan tempat ma andai umur tidak panjang. Saya x dapat hidup tanpa ma. Hanya ma yang saya ada selain Dia. Adik-beradik akan ada keluarga dan tanggungjawab masing-masing.

Panjangkan umurku Ya Allah. Panjangkan umur kedua ibu bapaku agar aku sempat berbakti kepada mereka Ya Allah. Amiin.